Header Ads

Borang Permohonan Program MyHome Subsidi Rumah Pertama

myhome subsidi rumah pertama

Permohonan Program MyHome Subsidi Rumah Pertama | Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada  individu berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014.

RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut namun pemohon bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang digariskan ialah pembelian rumah ini merupakan pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual selama 10 tahun.

Menurut perdana menteri, pemaju swasta perlu memohon kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah skim ini.

Subsidi maksima RM30,000 pula bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju.

Najib ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di Putrajaya.

Read more at:Astro Awani

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Skim MyHome
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  • Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli

Cara Memohon Skim MyHome :

  • Individu yang layak boleh memohon dan mendapatkan borang permohonan Skim MyHome melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  bermula pada 1 April 2014.
  • Setakat ini belum ada maklumat mengenai permohonan Skim MyHome melalui online.

No comments