Panduan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah
Panduan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah
Bermula 1 Mac 2014 | NUSAJAYA 13 Feb. - Kerajaan negeri Johor hari ini
mengumumkan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor
Tanpa Faedah kepada kira-kira 20,000 penjawat awamnya.
Melalui skim itu kadar faedah sebanyak empat peratus bagi pinjaman perumahan
Melalui skim itu kadar faedah sebanyak empat peratus bagi pinjaman perumahan
golongan tersebut dihapuskan berkuat kuasa 1 Mac ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut adalah
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut adalah
inovasi yang diambil kerajaan negeri yang peka dengan masalah rakyat.
"Bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong daripada gaji bulanan, baki
"Bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong daripada gaji bulanan, baki
pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei manakala bayaran balik akan
dilakukan mengikut jadual baru skim ini pada Mei atau Jun nanti," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor Bersama Pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Yang turut hadir adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohamad Aziz

dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil serta barisan Exco negeri.
Mohamed Khaled turut menyeru rakyat Johor bersama-sama berusaha ke arah kemajuan
Mohamed Khaled turut menyeru rakyat Johor bersama-sama berusaha ke arah kemajuan
dan meningkatkan daya saing bagi menamatkan tanggapan ramai yang melabelkan
negeri itu sebagai 'laman belakang Singapura'.
"Semua rakyat Johor perlu mempunyai cita-cita besar menjadikan negeri ini mutiara di
"Semua rakyat Johor perlu mempunyai cita-cita besar menjadikan negeri ini mutiara di
selatan Asia Tenggara. Sehubungan itu kita harus memerangi sikap mundur dan liat untuk berubah, sebaliknya menanamkan keyakinan baru bahawa tahun ini, dekad ini, ketika
ini adalah saat Johor dengan citra baharu,'' katanya - Utusan Online
Post a Comment