Header Ads

Borang Permohonan RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan


RUMAWIP
RUMAWIP online

Borang Permohonan Online RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan  | 
Warga Wilayah Persekutuan boleh membuat permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang dilancarkan pada April tahun lalu secara atas talian bermula semalam.
Mereka yang berminat hanya perlu memasuki laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengetahui butiran lanjut mengenai Rumawip.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 
sebanyak 30,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang 
melibatkan 20,000 unit 
di Kuala Lumpur, 8,000 unit di Putrajaya dan baki 2,000 unit di Labuan - Kosmo online

Syarat Kelayakan RUMAWIP
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas
  • Bekerja atau bermastautin di wilayah persekutuan tidak kurang dari 3 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM6,000
  • Tidak mempunyai sebarang kediaman atau rumah di Wilayah Persekutuan
Borang Permohonan RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Perseketuan
1. Untuk borang RUMAWIP 
2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
3. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah 
mengemukakan permohonan secara online. Sila login sistem pendaftaran.
3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta 
mengemukakan dokumen sokongan berikut;
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan/Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaru
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan
  • Salinan Bil Elektrik/Air
4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan 
menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. 
Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.
5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan 
akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.
6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang 
terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya 
pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya 
menduduki rumah yang dipohon.


Sumber: Permohonan RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan | melvister.com 
 

No comments