Header Ads

Cara Mudah Buat Penamaan KWSP

Penamaan KWSP

Cara Mudah Buat Penamaan KWSPKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa ahlinya membuat penamaan untuk simpanan KWSP mereka bagi memastikan orang yang disayangi mendapat perlindungan kewangan sekiranya ahli meninggal dunia.

Kebanyakkan ahli sedar mengenai pentingnya menamakan waris, namun tetap tidak mengambil tindakan membuat penamaan.

Ahli hanya perlu menghabiskan beberapa minit untuk mengisi borang penamaan yang sekali gus memastikan kesejahteraan anggota keluarga mereka terjamin jika mereka meninggal dunia kelak.

Dengan membuat penamaan, simpanan ahli, akan dapat diserahkan kepada waris dinamakan itu tanpa sebarang halangan.

"Bagi ahli Islam, waris dinamakan itu akan bertindak sebagai wasi (pentadbir) yang bertanggungjawab membahagikan simpanan itu kepada ahli keluarga yang layak mengikut Hukum Faraid," 

Ahli juga diingatkan supaya membuat penamaan ketika mereka sihat dan berfikiran waras. Ini perlu bagi mengelakkan sebarang cubaan individu tidak jujur mengambil kesempatan terhadap ahli yang menghidap penyakit fizikal atau mental.

Jika ahli tidak membuat penamaan, keluarga ahli yang meninggal dunia akan berhadapan dengan proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli. Ini melibatkan keperluan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Surat Perintah Pembahagian dan ini mungkin dikenakan bayaran.

"Ahli perlu tahu penamaan KWSP mengatasi wasiat bertulis," 

KWSP juga menggalakkan semua ahli mengemas kini penamaan mereka apabila ada perubahan seperti perkahwinan, perceraian atau kelahiran anak.

Cara Buat Penamaan Untuk KWSP
1. Borang KWSP 4 boleh diperoleh dari cawangan KWSP terdekat atau 

2. dimuat turun dari laman web www.kwsp.gov.my atau 
3. dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP 03-8922 6000 (8.00 pagi hingga 6.00 petang dari Isnin hingga Jumaat) atau 
4. mengemukakan pertanyaan secara dalam talian melalui http://enquiry.kwsp.gov.my.

"Borang penamaan (KWSP 4) perlu diserahkan oleh ahli sendiri di pejabat cawangan KWSP berhampiran," 

Astro Awani dengan sedikit olahan Perling Putih

No comments