Header Ads

Permohonan Online Borang SPA8i Perkhidmatan Awam Lepasan SPM


Permohonan online  SPA melalui borang SPA8i bagi lepasan calon lepasan SPM . Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8. Dengan itu, anda dapat menyambung pelajaran anda dalam bidang diploma atau sijil dibawah pembiayaan SPA.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiv5ySj8d51X1cZTDnp6J4xEaMJtodMJNiB7A5cXBw2rZ7ftgEc11ETdggenoFFI0xQGNmHj7RdR2NZkzV0FjQ7nbuKPZPKAnioH6UQWSYfuJHxizQb8hbNveEzTz_OoUn-RnKtPelzb8Q/s320/Suruhanjaya+Perkhidmatan+Awam+Malaysia+%2528SPA%2529.jpg

Permohonan Borang SPA8i
Untuk mendapatkan borang SPA8 secara online, sila KLIK DISINI
Cara Membuat Permohonan SPA8 Online
1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i
2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.
4. Setelah permohonan selesai, anda perlu menunggu keputusan untuk panggilan temuduga dalam tempoh 12 bulan. Jika berjaya, sepucuk surat akan dihantar ke alamat rumah anda.
5. Sekiranya anda gagal mendapat panggilan dalam tempoh 12 bulan bermakna permohonan anda gagal.
Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my


Sumber: Permohonan Borang SPA8i Perkhidmatan Awam Lepasan SPM | melvister.com 

No comments