Header Ads

Mitsubishi Mirage Raih Anugerah Ciri Keselamatan Terbaik

Mitsubishi Mirage Raih Anugerah Ciri Keselamatan Terbaik
Kenderaan kompak, Mitsubishi Mirage diberi markah tertinggi Perlindungan Orang Dewasa dalam kategori kereta mini dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) sempena Anugerah Grand Prix Asean Program Penilaian Kereta Baru (NCAP), baru-baru ini. Anugerah itu memberi tumpuan kepada kenderaan dalam keputusan ujian yang dikeluarkan sehingga Ogos 2014. Prosedur dilakukan melalui ujian kemalangan depan dengan kelajuan kira-kira 64 kilometer sejam (km/j). Mitsubishi Mirage menerima markah tertinggi iaitu 13.07 daripada 16.00, yang mana ia menerima pengiktirafan penilaian empat bintang. 

Ciri keselamatan adalah keutamaan Mitsubishi Motors selepas Mirage didatangkan dua beg udara, Sistem Antikunci Brek dengan EBD dan Isofix. Mitsubishi Mirage dikuasai enjin 1.2 liter tiga silinder MIVEC dengan kuasa maksimum 78 PS dan tork puncak 100 Nm. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4109#sthash.SmyJALyn.dpuf

No comments