Header Ads

Oppo R5 Smartphone Ternipis Di Dunia

Oppo R5 Smartphone
Selain N3, OPPO mencatat sejarah memperkenalkan telefon ternipis di dunia, R5 senipis 4.85mm yang sebelum ini dimiliki Gionee ELife S5.1 (5.15mm).
OPPO R5 menampil­kan telefon pintar dengan skrin HD penuh paling nipis dengan kerangka dibina menggunakan aluminium berkualiti tinggi yang direka mengikut bentuk 'micro-arc' yang tebal di luar dan berbentuk tirus ke dalam.
Ia sekali gus memberikan keselesaan dan lembut dalam tangan ketika dipegang.

Di dalamnya, R5 dikuasakan CPU 64 bit pertama dari Qualcomm iaitu Snapdragon 615, octa core berkelajuan 1.5GHz dan dipadankan dengan RAM 2GB serta memori dalaman 16GB.

Disebabkan tahap kenipisannya, ia tidak mempunyai slot memori mikroSD namun berupaya memiliki skrin 5.2 inci AMOLED HD penuh 1080p yang mempunyai tahap kecerahan dan warna terbaik selain kurang reflektif di bawah terik matahari.

Walaupun nipis, R5 tetap dilengkapi dengan kamera berkuasa tinggi. Kamera belakangnya boleh merakam gambar pada resolusi 13MP dengan menggunakan sensor IMX 214 dan apertur F2.0.

Ia dipertingkatkan lagi dengan teknologi PI 2.0 Plus bagi gambar yang lebih jelas, terang dan terperinci.

R5 mampu fokus subjek dalam masa kurang dari 0.18 saat dan memberikan kualiti gambar 50MP dengan teknologi terbabit. Kamera hadapannya pula merakam gambar sebesar 5MP.

Seperti N3, OPPO R5 akan mula dipasarkan di Malaysia pada bulan Disember 2014.

Harga yang diumumkan ketika pelancaran kira-kira RM1699 dengan dua warna akan dihasilkan untuk R5 iaitu warna perak dan emas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6520#sthash.yorP62SL.dpuf

No comments