Header Ads

Kesan Virus Zika Yang Bahaya Kepada Ibu Mengandung

Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan tentang perkaitan di antara virus zika dalam kehamilan dengan microcephaly (keadaan bayi yang dilahirkan dengan kepala yang lebih kecil dan otak yang tidak sempurna perkembangannya).



Kaitan antara virus Zika pada ibu hamil dengan kejadian cacat microcephaly (ukuran otak yang kecil) pada bayi yang dilahirkan belum terbukti secara ilmiah, namun telah banyak penemuan ke arah itu. Ia termasuklah rekod di Brazil (salah satu kota di Amerika Latin) dengan kes Virus Zika yang tinggi pada tahun 2015, terdapat peningkatan signifikan kes bayi baru lahir dengan sindrom microcephaly. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita hamil yang menghidap zika akan melahirkan bayi seperti ini. Para saintis juga masih lagi mengkaji mengapa sesetengah bayi terjejas dan sesetengah yang lain tidak. 

Virus Zika yang disebut-sebut ni hanyalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan bayi lahir dengan kecacatan pada tumbesaran otak dan kepala, apabila ia sudah menjangkiti ibu yang sedang hamil. Kelahiran bayi dengan kepala dan otak yang tak sempurna juga boleh berlaku akibat kekurangan nutrisi dan zat tertentu semasa ibu sedang mengandung. Oleh yang demikian, para ibu hendaklah mengambil langkah pencegahan agar terhindar dari virus merbahaya ini.


No comments