Header Ads

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online. Panduan buat calon pelajar yang telah membuat Permohonan Ke Program Matrikulasi sesi 2017/ 2018. Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online dijangka diumumkan pada minggu kedua April 2017. Pelajar dinasihatkan untuk melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan matrikulasi diumumkan.

Semakan Matrikulasi 2017 Online

SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2017 ONLINE

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada ......... untuk mengetahui status permohonan.
Semakan secara online boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau melalui applikasi semakan SEMAKAN MATRIKULASI iaitu selepas applikasi semakan di buka.
Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi.
Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :
  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan
Semakan secara SMS pula boleh di buat dengan menaip
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Soalan dan jawapan lazim ditanya berkaitan tawaran sila klik FAQ. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

CARA BUAT RAYUAN DAN SEMAK KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.
Rayuan boleh dilakukan secara online bermula .......... sebaik  sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

1. Rayuan Secara Online

Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik Rayuan

2. Hadir Ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan

3. Menulis Surat Rayuan

Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.
Untuk   mengetahui   keputusan   rayuan   tersebut, anda  boleh menggunakan  salah  satu  daripada cara berikut pada tarikh minggu kedua/ ketiga bulan Jun 2017:
  • 1. talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
  • 2. dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my
  • 3. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada 15888.
Selamat membuat Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan yang dinginkan. Tahniah.

No comments