Header Ads

Semakan Tingkatan 6 2017 Online Dan SMS

Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi 2017/ 2018 boleh disemak mulai 16 April 2017 menurut kenyataan rasmi KPM. Semakan Keputusan Tingkatan 6 2017 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh disemak di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan tawaran Tingkatan 6 2017 Online Dan SMS


Cara Buat Semakan Keputusan Tingkatan 6 2017/ 2018 Online

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan Tingkatan 6 2017/ 2018 Online. Perkongsian memaparkan tarikh semakan dan applikasi untuk membuat semakan keputusan tawaran.

1) Secara online

2) Semakan melalui SMS

  • Taip MOE T6 (No KP atau Angka Giliran)
  • Hantar SMS ke 15888

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6 

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.
2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
Semakan keputusan tingkatan 6 2017 dan Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Info Penting Buat Pelajar

Pelajar dinasihatkan untuk merujuk laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa kesemasa di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk tarikh sebenar semakan. Semua murid calon sekolah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2016 disarankan membuat penyemakan pada tarikh yang dijadualkan. Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 02 Mei 2017.
  • 1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan
  • 2. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2017, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2018.
  • Pelajar yang gagal menerima tawaran boleh merayu kemasukan Tingkatan 6. Rujuk panduan mmebuat rayuan di MySemakan Tingkatan 6.
Selamat membuat Semakan Keputusan Tingkatan 6 2017/ 2018 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Form 6 yang dihajatkan. Moga  anda akan berjaya dalam peperiksaan STPM yang akan dihadapi sepanjang masa pengajian di Tingkatan 6.

No comments