Header Ads

Harga Dan Spesifikasi iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus

Harga Dan Spesifikasi iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus | Apple melancarkan bukan satu, tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci.
Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080. 
iphone 6 dan iphone 6 plus
iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik walaupun menggunakan skrin lebih besar, reka bentuk nipis dan prestasi dipertingkatkan. 

Terdapat pemprosesan M8 yang dilengkapkan bersama telefon ini yang direka khusus untuk aplikasi kesihatan memungkinkan ang­garan jarak perjalanan, malah boleh mengukur tahap ketinggian ketika pemakainya menaiki tangga.
INFO 

IPHONE 6
 
Harga: Anggaran dari RM2,300 
Kapasiti: 16GB, 64GB, 128GB 
Dimensi: 138.1 x 67 x 6.9mm 
Berat: 129g 
Paparan: 4.7 inci Retina HD 
Pemprosesan: A8 dengan 64 bit 
Kamera: 8MP iSight, 1.2MP (kamera depan) 
Rangkaian: 2G, 3G, LTE 
Bateri: Sehingga 10 jam menggunakan Internet 
OS: iOS8 
  
IPHONE 6 PLUS 
Harga: Anggaran dari RM2,900 
Kapasiti: 16GB, 64GB, 128GB 
Dimensi: 158 x 78 x 7.1mm 
Berat: 172g 
Paparan: 5.5 inci Retina HD, 401ppi 
Pemprosesan: A8 dengan 64 bit 
Kamera: 8MP iSight, 1.2MP (kamera depan) 
Rangkaian: 2G, 3G, LTE 
OS: iOS8 
Warna: Perak, kelabu, emas
myMetro

No comments